fbpx

MEDAC sedia RM1.6 juta bantu usahawan asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (kanan) beramah mesra dengan usahawan asnaf yang menerima bantuan zakat di Menara Berkembar Bank Rakyat semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi agensi-agensi di bawahnya menyediakan dana sejumlah RM1.6 juta untuk tabung Jawatankuasa Dana Khas Zakat MEDAC bagi diagihkan kepada usahawan asnaf yang terkesan akibat pandemik, banjir dan suasana ekonomi mencabar kini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya telah menganal pasti 314 usahawan asnaf terkesan untuk dibantu, hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Sasaran kami adalah untuk mentransformasikan asnaf usahawan ini daripada penerima zakat untuk menjadi pembayar zakat pada masa depan.

“Untuk fasa pertama, seramai 25 orang asnaf usahawan dari Kuala Lumpur diberi bantuan one-off sebanyak RM2,000 seorang,” katanya pada Majlis Penyerahan Zakat Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) di Menara Berkembar Bank Rakyat, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pernas, Mohd. Hilaluddin Abd. Shukor.

Sementara itu, Mohd. Hilaluddin berkata, Pernas mempunyai program keusahawanan khas untuk golongan asnaf, iaitu Asnafpreneur yang bertujuan membantu golongan tersebut mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Jelasnya, pihaknya dengan kerjasama MAIWP kini memiliki 50 asnaf yang menyertai program itu, terdiri daripada wanita dan belia berusia 21 hingga 60 tahun dan mereka dibimbing Pernas melalui kursus selama lima hari secara fizikal serta menyertai sesi padanan perniagaan sebelum menjalankan bisnes yang akan dipantau selama enam bulan.

“Pernas memperuntukkan sebanyak RM266,635 bersamaan RM5,000 bagi setiap peserta program melalui penyaluran wang Zakat Wakalah sebagai modal permulaan perniagaan.

“Kami juga berhasrat untuk memperluaskan program Asnafpreneur ini di setiap negeri seluruh negara bagi manfaat golongan asnaf,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI