fbpx

JPJ jawab tuduhan pegawai terbabit sindiket lesen terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius kenyataan yang dimuat naik pemilik akaun twitter Edisi Khas yang mendakwa terdapat pegawai JPJ terlibat dalam sindiket ‘lesen terbang’.

JPJ menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pihaknya amat kesal dengan tohmahan tersebut yang secara langsung telah mencalarkan imej dan reputasi jabatan berkenaan.

“Modus operandi itu sering kali digunakan oleh sindiket ini melalui platform media sosial dengan mempromosikan ‘iklan lesen terbang’.

“Promosi itu turut menggunakan gambar Lesen Memandu Malaysia bagi meyakinkan orang ramai membuat pembayaran terus secara transaksi di atas talian, bagi mendapatkan lesen memandu.

“Apabila pembayaran dibuat, sindiket ini akan menghilangkan diri daripada mangsa tanpa memberikan lesen memandu yang tidak sah tersebut,” katanya.

Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan susulan terhadap dakwaan itu termasuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

JPJ berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik akaun di media sosial yang menjalankan operasi sindiket penipuan tersebut bagi membendung jenayah siber berkenaan daripada terus berleluasa.

Katanya, JPJ juga ingin menegaskan bahawa jabatan itu sesekali tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku yang melibatkan warga kerja JPJ yang melibatkan integriti, salah guna kuasa dan rasuah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI