fbpx
Sebahagian daripada wakil penerima sumbangan bergambar kenangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Caring Pharmacy sumbang 10,000 kotak pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Caring Pharmacy menyambut ulang tahun ke 10,000 harinya dengan me­nyumbangkan sebanyak 10,000 kotak (500,000 unit) pelitup muka perubatan premium berjenama Neutrovis kepada 10 buah organisasi.

Pengarah Urusan Caring Pharmacy, Chong Yeow Siang berkata, menjadi satu kebanggaan buat syarikat kerana sempena sambutannya yang ke 27 tahun, syarikat dapat menyumbang kepada 10 buah persatuan sekali gus berbakti kepada masyarakat.

Antara penerima sumbangan tersebut adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Yayasan OrphanCare, Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia, Yayasan Food Bank Malaysia, Uncle Kentang, Kechara Soup Kitchen dan juga World Vision Malaysia.

Majlis penyerahan tersebut telah dihadiri oleh Tengku Datin Paduka Setia Zatashah, anakanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Majlis ini merupakan pencapaian bersejarah dan amat bermakna buat kami untuk membantu orang awam dalam urusan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

“Sebagai rangkaian farmasi terbesar tempatan, kami akan terus berkhidmat menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan yang paling relevan semasa dan selepas pandemik ini,” katanya dalam kenyataan.

Caring Pharmacy bermula pada bulan September tahun 1994 di Taman Muda, Cheras oleh lima ahli farmasi yang bertujuan untuk menyediakan kemudahan barang-barang penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik.

Sehingga kini, Caring Pharmacy telah berkembang kepada 158 buah cawangan di seluruh negara, termasuk di kompleks membeli-belah terkemuka.

Kini operasi diperluaskan me­lalui pelbagai inisiatif termasuk pelancaran program kesetiaan, mengambil alih 36 cawangan Georgetown Pharmacy dan Wel­lings Pharmacy serta berjaya menembusi pasaran ke Asia Tenggara.

POPULAR