fbpx

Polis kesan saksi kes bunuh wanita separuh bogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita separuh bogel dengan tangan diikat yang ditemui di perangkap sampah Sungai Kandis, kelmarin.

SHAH ALAM – Polis mengesan saksi yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat wanita separuh bogel disyaki mangsa bunuh di perangkap sampah kunci air Sungai Kandis.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui pukul 10.40 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, hasil pemeriksaan pada mayat berkenaan memakai baju singlet berwarna hitam dan tidak berseluar.

Katanya, seluar mangsa disyaki telah digunakan bagi mengikat tangannya.

“Selain itu, mayat itu juga memakai sebentuk cincin batu berwarna merah di jari manis kiri dengan ketinggian kira-kira 150 sentimeter, rambut beruban dan bergigi jarang.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih kurang tujuh hari dan tiada kecederaan fizikal luaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, berdasarkan hasil siasatan awal kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, Baharudin berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kematian tersebut boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Shazrin di talian 03-55202022 bagi membantu siasatan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI