fbpx

Nadal derita sakit perut sebelum mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL berjaya menewaskan Shapovalov untuk mara ke separuh akhir biarpun berdepan masalah sakit perut. – AFP

MELBOURNE – Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal terpaksa mengabaikan sakit perut yang dialaminya ketika berjuang untuk merebut slot ke peringkat separuh akhir Terbuka Australia semalam.

Pada saingan tersebut, Nadal memperagakan semangat juang tinggi selepas mengetepikan pemain tenis Kanada, Denis Shapovalov dengan kemenangan 6-3, 6-4, 4-6, 3-6, 6-3.

Bagaimanapun, pada set keempat, Nadal sedikit cemas apabila mula bergelut dengan masalah kesihatan sebelum ke­luar untuk mendapatkan rawatan bagi melihat keadaannya.

Nadal yang juga juara Terbuka Australia 2009 diarah untuk mengambil ubatan bagi merawat kesakitan tersebut sebelum meneruskan perlawanan semula.

“Saya mula berasa tidak sedap badan terutama bahagian perut. Saya bertanya kepada mereka adakah sesuatu dapat dilakukan untuk mengatasinya.

“Mereka melakukan pemeriksaan dan kemudian saya mengambil beberapa ubat bagi mengurangkan kesakitan yang saya alami. Saya benar-benar bertuah kerana tampil lebih baik pada set kelima,” katanya.

Kesakitan yang dialami Nadal bukan kali pertama berlaku ­kerana pada 2019, pemain ber­usia 35 tahun berdepan situasi yang sama sebelum mara ke pusingan keempat Terbuka Paris 2019.

Selepas ini, Nadal akan berdepan Matteo Berrettini di separuh akhir selepas pilihan ketujuh dari Itali berjaya me­numpaskan Gael Monfils sekali gus dilihat berpeluang untuk memburu gelaran Grand Slam ke-21. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI