fbpx

Swiatek tepati status ratu tenis dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK menepati ramalan apabila merangkul kejuaraan Terbuka Qatar selepas menewaskan Rybakina pada perlawanan akhir kelmarin. – WTA

DOHA – Pemain wanita No.1 dunia, Iga Swiatek terus mendominasi kejohanan tenis Terbuka Qatar apabila meraih gelaran ketiga berturut-turut selepas menewaskan pemain Kazakhstan, Elena Rybakina di pentas final.

Pada pertemuan yang berlangsung di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa di Doha malam kelmarin, Swiatek dipaksa bekerja keras sebelum memastikan kemenangan straight-set 7-6, 6-2 ke atas pemain No.4 dunia itu.

Swiatek berkata, dia cuba memberikan sepenuh fokus terhadap aksi final itu meskipun pada awalnya hadir di kejohanan tersebut dengan sasaran untuk melengkapkan gelaran hatrik di Doha.

“Anda semua tidak tahu be­tapa sukarnya untuk saya tidak fikirkan mengenai perkara itu (gelaran hatrik). Secara jujur, saya datang ke sini dalam ­keadaan tertekan kerana tiba dengan harapan yang cukup besar.

“Sebab itu saya cuba berikan segala-galanya setiap kali masuk ke dalam gelanggang dan saya gembira kerana ia membuahkan hasil. Perlawanan hari ini (kelmarin) cukup lama dan sukar,” katanya.

Untuk rekod, Swiatek memiliki reputasi cukup baik sepanjang kejohanan tersebut apabila hanya tewas sekali ketika ter­singkir di pusingan kedua pada edisi 2020 selain memenangi 23 set berturut-turut.

“Saya gembira untuk datang dan bermain di sini, seolah-olah rumah sendiri. Setiap kali sebelum datang ke sini, saya dapat rasakan satu aura yang cukup positif,” ujar ­pemain Poland itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI