fbpx

Tenis: Ruud lunas dendam di Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUUD berjaya menguasai aksi final Terbuka Barcelona dengan menundukkan cabaran Tsitsipas kelmarin. - AFP

BARCELONA – Bintang tenis Norway, Casper Ruud berjaya merangkul gelaran ke-11 dalam kariernya selepas menumbangkan pemain Greece, Stefanos Tsitsipas pada final Terbuka Barcelona kelmarin.

Pemain berusia 25 tahun itu yang kini berada pada kedudukan keenam dalam ranking dunia meraih kemenangan straight-set 7-5, 6-3 bagi menjulang gelaran pada kejohanan bertaraf ATP 500 berkenaan.

“Bagi saya, ini sangat bermakna dan merupakan gelaran terbesar yang pernah saya menangi. Ini sesuatu yang saya kejar untuk tempoh masa yang agak lama. Saya tidak pernah menang 500 atau 1000 sebelum ini,” katanya.

Ruud yang merupakan naib juara tiga kali aksi Grand Slam gagal mempamerkan aksi terbaik pada set pertama dan hampir menyerah kepada Tsitsipa sebelum bangkit semula pada aksi tie-break dan memenanginya.

Kemenangan pada set pertama memberikan keyakinan untuk dia menguasai permainan pada set kedua dengan lebih mudah apabila mendahului dengan 4-1 sebelum memenanginya dalam tempoh 91 minit perlawanan.

Kejayaan itu juga menyaksikan Ruud berjaya melunaskan dendamnya terhadap Tsitsipas selepas dia menanggung kekalahan pada final Terbuka Monte Carlo minggu lalu.

Kemenangan ini juga membalas kekalahan Ruud oleh Tsitsipas dalam final Kejohanan Terbuka Monte Carlo minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI