fbpx

Sinner dominasi Terbuka Miami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SINNER merangkul gelaran ketiga musim ini dengan menguasai aksi Terbuka Miami sekali gus melonjakkan kedudukan ke tangga kedua ranking dunia. - AFP

MIAMI – Juara Grand Slam Terbuka Australia, Jannik Sinner berjaya merangkul gelaran Masters 1000 selepas menjuarai Terbuka Miami awal pagi semalam selepas menundukkan pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov.

Kemenangan tersebut menyaksikan pemain Itali tersebut merangkul gelaran ketiga musim ini sekali gus melonjakkan kedudukannya dalam ranking ATP ke kedudukan kedua dunia dengan memintas bintang Sepanyol, Carlos Alcaraz.

Gaya permainan yang tenang, kurang membuat kesilapan dan keyakinan yang tinggi ketika di gelanggang memberi gambaran bahawa Sinner akan menyertai Alcaraz untuk mendominasi sukan tenis selepas persaraan Novak Djokovic selepas ini.

Musim ini menyaksikan Sinner berjaya meraih 25 kemenangan dalam 26 perlawanan yang diharungi kecuali ketika tewas menentang Alcaraz pada aksi separuh akhir Indian Wells.

Sinner hanya memerlukan 72 minit untuk melengkapkan kejuaraan ketiga selepas Terbuka Australia dan Rotterdam Indoors dengan meraih kemenangan 6-3, 6-1 membenam cabaran Dimitrov.

“Sepanjang saingan kejohanan ini, saya menjadi semakin baik. Persembahan hari ini juga adalah yang terbaik dan saya berbangga kerana mampu untuk mengawal situasi.

“Saya memulakan saingan musim ini dengan baik. Saya tidak pernah terfikir mampu memulakan musim dengan baik seperti dan menjadi pemain di ranking kedua dunia adalah sangat luar biasa.

Jurulatih Sinner, Darren Cahill yang pernah membimbing Andre Agassi dan Simona Halep mengakui sangat teruja melihat anak didiknya berdepan perlawanan tersebut.

“Saya fikir dia cukup menakjubkan kali ini, kurang membuat kesilapan dan memberi tekanan yang hebat kepada Grigor untuk mendapatkan mata. Sinner memberikan lawannya kesukaran sepanjang perlawanan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI