fbpx

Norrie buka langkah kanan Terbuka Rio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRIE

RIO DE JANEIRO – Pemain Great Britain, Cameron Norrie membuat permulaan yang sempurna untuk mempertahankan gelaran ATP Terbuka Rio apabila memenangi perlawanan pembukaan menentang Hugo Dellien dari Bolivia dengan keputusan 6-3, 6-2.

Walaupun Dellien memberikan tekanan, Norrie yang merupakan pemain kidal, berjaya bangkit mengesahkan kemenangannya selepas bertarung selama satu jam 22 minit pada aksi di Jockey Club Brasileiro hari ini.

Norrie, 28, menyatakan bahawa walaupun kemenangannya kelihatan mudah, namun dia masih rasa tercabar dan bergelut untuk memenangi perlawanan tersebut.

“Anda mengatakan perlawanan itu agak mudah, tetapi bagi saya ia benar-benar mencabar dan tidak pernah mudah di sini.

“Saya berpendapat bahawa saya berjaya menguruskan servis dengan sangat baik dan menyajikan permainan yang jauh lebih bagus daripada minggu lalu,” kata Norrie yang merupakan juara edisi tahun lalu.

Seterusnya, Norrie akan menentang turun berentap dengan wakil Chile, Tomas Barrios Vera yang menyingkirkan pemain wildcar dari Brazil, Gustavo Heide 7-5, 6-3.

Dalam aksi lain, pemain Argentina, Francisco Cerundolo mengakhiri rentetan tiga kekalahan dengan kemenangan 6-1, 1-6, 6-2 ke atas rakan senegaranya, Francisco Comesana.

Juara dua kali dalam Jelajah ATP itu akan berhadapan dengan Albert Ramos-Vinolas dari Sepanyol di pusingan kedua.

Bekas pemain No.17 dalam ranking ATP Pepperstone, Ramos-Vinolas pula berjaya mengatasi Juan Pablo Varillas dari Peru 3-6, 6-3, 7-5 selepas bertarung selama dua jam 44 minit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI