fbpx

Pokok tumbang ragut satu nyawa di KL dialihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembersihan dan penambahbaikan di Jalan Sultan Ismail sedang lakukan pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Trafik di Jalan Sultan Ismail di sini kembali lancar sejak pukul 8 pagi tadi selepas kerja-kerja membersihkan dan mengalihkan dahan pokok yang tumbang selesai dilaksanakan di sini pagi ini.

Tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian pokok tumbang itu mendapati, kerja-kerja pembersihan yang bermula sejurus selepas kejadian semalam berlanjutan sehingga lewat malam dan siap sepenuhnya pukul 8 pagi tadi.

Dalam pada itu, kerja-kerja menyembur air ke atas jalan yang berdebu akibat habuk daripada pemotongan dahan dan batang pokok juga sedang dilakukan.

Selain itu, menurut seorang pekerja pembersihan yang berkerja di bangunan berdekatan, Mohammad Syafii Sajiri, 28, memberitahu, keadaan trafik yang agak sesak pagi tadi akibat penutupan dua lorong daripada lorong Jalan Sultan Ismail.

“Pagi tadi sekitar pukul 7 pagi, masa saya datang kerja, jalan raya memang sesak teruk sebab dua lorong ditutup untuk bagi laluan alihkan sisa-sisa dahan pokok.

“Bermula dari simpang empat Bukit Nanas sehingga ke Jalan Sultan Ismail, menghala ke Bukit Bintang, kereta jammed,” ujarnya ketika ditemui.

Bagaimanapun, laluan monorel daripada stesen bukit nanas menghala ke stesen imbi masih ditutup sepenuhnya untuk orang ramai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan pembersihan.

Sementara itu, bagi mengatasi masalah penumpang monorel yang terkandas akibat penutupan laluan stesen bukit nanas, perkhidmatan bas alternatif Rapid KL disediakan secara percuma bagi semua penumpang bermula dari Stesen Monorel Medan Tuanku dan Stesen Monorel Kuala Lumpur Sentral. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI