fbpx

Peluang Alcaraz pertahan kejuaraan Indian Wells

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ mara ke final Indian Wells dan bakal berdepan Medvedev untuk mempertahankan gelaran juara yang dimenangi musim lalu. - AFP

CALIFORNIA – Juara bertahan Carloz Alcaraz berjaya menewaskan Jannik Sinner 1-6, 6-3, 6-2 dalam aksi separuh akhir untuk merebut tiket ke pentas final Kejohanan Tenis Indian Wells awal pagi semalam.

Kemenangan itu mengakhiri rekod kemenangan 16 perlawanan dinikmati Sinner sejak muncul juara pada Terbuka Australia sebelum ini sekali gus mengekalkan Alcaraz sebagai pemain No. 2 dunia.

Bagaimanapun, aksi tersebut terpaksa dihentikan selama tiga jam berikutan cuaca hujan selepas mereka hanya sempat bertarung selama 34 minit sebelum itu sehingga mengganggu sedikit rentak permainan sebaik ia bersambung.

“Saya kekal kuat secara mental dan itu sangat penting.

“Saya terpaksa lebih banyak berari, bertahan dengan lebih baik daripada yang saya lakukan dalam set pertama,” kata Alcaraz.

Pada aksi final nanti, Alcaraz terpaksa berdepan satu lagi lawan yang sukar, Daniil Medvedev yang turut mara selepas membenam cabaran Tommy Paul 1-6, 7-6, 6-2 pada satu lagi aksi separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI