fbpx
PENGGUNA perlu lebih berhati-hati dalam melayari kandungan yang dipaparkan di media sosial. – Gambar hiasan

Kerap tukar ID, kata laluan elak akaun kena ceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengendali laman web lucah dipercayai berselindung di sebalik kandungan atau artikel berkaitan kesihatan dan isu-isu sensasi semata-mata untuk ‘memerangkap’ orang ramai untuk melayari laman web lucah mereka.

Perunding Teknologi Maklumat, W Adnin Addini Alia berkata, pengguna Facebook yang tidak mengetahui mengenai modus operandi itu kemudian akan menerima paparan berbeza iaitu berkaitan laman web lucah.

“Selepas itu, akaun Facebook mereka akan menerima perkongsian berterusan daripada laman web lucah berkenaan untuk mempromosikan laman web lucah,” katanya.

Jelasnya, antara langkah yang boleh mangsa lakukan untuk mengelak kejadian sama ber­ulang ialah melaporkan perkara itu kepada pihak Facebook.

Menurut beliau, langkah tersebut cukup mudah iaitu pemilik Facebook memilih tiga titik yang terdapat di bahagian atas kanan hantaran lucah berkenaan dan memilih Report Post.

Kata beliau, langkah seterus­nya adalah memilih untuk membuat laporan berkenaan hantaran lucah tersebut dengan memilih terma nudity.

“Facebook akan memadam dan menyekat hantaran tersebut,” katanya.

Tambahnya, langkah kedua mengubah tetapan pada bahagian Reviewing akaun Facebook supaya tidak mudah untuk bukan rakan Facebook melakukan sebarang tagging.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia, Dr. Nor Azura Husin menasihatkan orang ramai agar kerap menukar ID dan kata laluan akaun media sosial.

Ujar beliau, langkah tersebut dapat membantu mengelakkan akaun media sosial daripada digodam pihak tertentu.

“Gunakan antivirus atau perlindungan internet yang diketahui berkesan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN