fbpx

‘Abai nafkah anak OKU bertahun, dah sakit baru cari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan seorang wanita bersama Suriati melalui aplikasi WhatsApp

PETALING JAYA – Perceraian bukan bermakna seorang bapa terlepas tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anaknya.

Menerusi perkongsian cerita, Peguam Syarie, Suriati Ghani berkata, anak guamnya kini dalam dilema selepas bekas suaminya meminta untuk bertemu dengan anak mereka selepas bertahun-tahun mengabaikan tanggungjawab seagai bapa.

Menurut Suriati, kisah anak guamnya itu bermula pada 2007 selepas wanita itu membuat tuntutan nafkah anaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) terhadap bekas suaminya.

Sepanjang perbicaraan, bekas suaminya tidak pernah hadir ke mahkamah.

“Selepas nafkah anak diputuskan dan perintah bertulis diserahkan kepada lelaki itu, sesen pun tidak pernah diberikan, datang menjenguk anak pun tidak.

“Sesungguhnya saya mengikuti perkembangan anak istimewa itu sejak dari dulu sehingga sekarang dan anak tersebut kini sudah berusia lebih 20 tahun,” katanya  menerusi hantaran di Facebook.

Tambah beliau, sepanjang tempoh perintah nafkah anak keluar sehingga kini, wanita itu yang bersusah payah menjaga dan menanggung anaknya lebih-lebih lagi OKU yang nmemerlukan perbelanjaan yang besar.

“Saya berasa amat kagum dengan kesabaran wanita itu menjaga anaknya seorang diri dengan ketepikan kebahagiaan sendiri,” ujarnya.

Katanya lagi, semalam dia menerima kiriman mesej daripada wanita tersebut yang meminta nasihat berhubung hasrat bekas suaminya.

“Wanita itu memaklumkan bekas suaminya sakit dan berhasrat mahu berjumpa dengan anak yang diabaikan bertahun-tahun lalu.

“Sedarlah, buatlah baik dan jalankan tanggungjawab sejak sihat lagi, dan jangan apabila sakit baru menyesal,” katanya Suriati.

Sementara itu, beliau turut berpesan agar kisah yang dikongsikan itu menjadi pengajaran kepada bapa-bapa yang mempunyai anak dan walaupun sudah bercerai, pastikan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dilaksanakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI