fbpx

13 rumah rosak, bumbung MSU jatuh ditiup angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bumbung MSU yang jatuh ditiup angin kencang.

SHAH ALAM – Sebanyak 13 buah rumah rosak di Lorong Bunga Raya 3, Kampung Kebun Bunga di Seksyen 22 di sini dalam kejadian hujan lebat dan ribut, petang tadi.

Turut rosak adalah sebuah premis mencuci kenderaan selain sebuah kereta dihempap bumbung gerai makan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian dikatakan berlaku kira-kira 5.15 petang susulan hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut.

Katanya, berdasarkan maklumat diterima mengakibatkan bumbung beberapa buah rumah penduduk di Kampung Kebun Bunga tercabut dan terbang.

“Hasil pemeriksaan menyebabkan 13 bumbung buah rumah penduduk tercabut selain sebuah kedai cuci kereta turut mengalami nasib sama.

“Manakala, sebuah kereta rosak dihempap bumbung gerai makan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kejadian ribut itu turut mengakibatkan satu kepingan bumbung di tingkat dua bangunan Management & Science University (MSU) terjatuh ke bawah.

Jelasnya, bagaimanapun dalam kedua-dua kejadian berkenaan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI