fbpx

Kartika Berliana keluar daerah sebab Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARTIKA BERLIANA

PENGACARA yang juga model popular, Kartika Berliana kesal kerana tidak dapat mengambil tawaran kerja di luar kota Jakarta gara-gara takutkan virus Covid-19.

Sebenarnya, sudah dua tahun Kartika tidak mengambil sebarang tawaran pekerjaan di luar kawasan kerana bimbang dijangkiti virus tersebut.

“Saya sangat takut jika dijangkiti Covid-19. Orang yang mengenali saya tahu bahawa saya sangat mementingkan keselamatan dan kebersihan.

“Apa lagi sekarang muncul pula varian baharu iaitu Omicron,” katanya.

Kata Kartika, dia menolak tawaran jika harus keluar dari Jakarta walaupun dibayar dengan harga lumayan.

“Saya terpaksa tolak beberapa pekerjaan di Bandung dan Surabaya kerana tidak berani. Maaf,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI