fbpx

Rumah cermin di tengah Pergunungan Alps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah cermin ini hasil rekaan artis AS, Doug Aitken dan dipasang di tengah-tengah kawasan Pergunungan Alps. - ANTHONY ANEX/EPA-EFE/REX/Shutterstock

ZURICH, Switzerland – Sebuah rumah yang diperbuat sepenuhnya daripada cermin menimbulkan perdebatan di media sosial, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Binaan yang digelar ‘Rumah Khayalan’ itu terletak di Gstaad, Switzerland dan mula menarik perhatian dunia apabila sekumpulan penggemar burung mengecam pembinaan rumah tersebut.

Rumah cermin rekaan oleh seorang artis seni dari Amerika Syarikat (AS), Doug Aitken itu dibina bagi memastikan supaya daya penarik lokasi pelancongan  Pergunungan Alps kekal unik dan lain daripada yang lain.

Namun begitu, kehadiran rumah cermin di tengah-tengah kawasan terbuka itu  mengundang kritikan kerana didakwa boleh mengelirukan burung-burung yang terbang.

Ada juga yang berpendapat kehadirannya berbahaya kepada hidupan liar dan merosakkan pemandangan indah semula jadi di Pergunungan Alps.

“Struktur binaan rumah ini sangat menjengkelkan, ia patut dirobohkan,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Saya patut pindah ke rumah cermin ini untuk mengelak membayar cukai kerana tiada siapa akan menemui saya di sana,” kata seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI