fbpx

Najib mohon Queens Council dari UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan permohonan agar dirinya diwakili Queens Counsel (QC) pada pendengaran rayuan akhirnya berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn. Bhd. tujuh tahun lalu.

Queens Counsel adalah peguam kanan yang paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom (UK).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul ketika dihubungi media selepas pengurusan kes itu yang dijalankan secara Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar, Siti Hajar Mustaffa.

“Tan Sri Shafee memaklumkan firma guamannya akan memfailkan permohonan untuk diwakili Queens Council di Mahkamah Persekutuan, esok.

“Pada prosiding hari ini juga, Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 dan 16 Mac ini untuk pendengaran permohonan Datuk Seri Najib untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuannya. Tarikh pendengaran rayuan utamanya masih belum ditentukan,” kata Mohd. Ashrof.

Justeru kata pihak pendakwaan itu, mahkamah kemudian menetapkan 28 Januari ini untuk pengurusan kes lanjutan.

Selain Mohd. Ashrof Prosiding dalam talian itu turut dihadiri peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Pada 8 Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI