fbpx

Speaker terima warta pemasyhuran bubar DUN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaizan menyerahkan warta kerajaan pemasyhuran memansuhkan DUN Johor yang ke-14 pada 22 Januari 2022 kepada Nor Nekman di Pejabat Speaker Dewan Negeri Johor, Kota Iskandar, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat menyerahkan warta kerajaan mengenai pemasyhuran memansuhkan Dewan Negeri Johor yang ke-14 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Johor pada hari ini.

Suhaizan berkata, dengan penyerahan warta kerajaan itu membolehkan SPR Pusat melaksanakan proses seterusnya iaitu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam tempoh 60 hari.

“Saya telah menerima surat pemakluman daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani pada pukul 10 pagi mengenai pemansuhan Dewan Negeri Johor yang ke-14 pada 22 Januari, pada semalam.

“Pemasyhuran ini telah diwartakan dan telah diserahkan warta kerajaan mengenai pemasyhuran memansuhkan Dewan Negeri Johor kepada SPR pada petang ini.

“SPR akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan masa yang sesuai serta tarikh penting dalam proses PRN seperti penamaan calon dan mengundi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Warta kerajaan itu memaklumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mempunyai peruntukkan untuk membubarkan DUN Johor yang ke-14 mengikut Fasal 23 Bahagian Kedua, Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895.

Terdahulu, Suhaizan turut menyerahkan warta kerajaan Pemasyhuran Pembubaran DUN Johor, kepada Pengarah SPR Johor, Nor Nekman Jaimon. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI