fbpx

AS, Rusia setuju redakan isu Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLINKEN (kiri) berjabat tangan dengan Lavrov semasa pertemuan mereka di Geneva kelmarin. - AFP

GENEVA, Switzerland – Diplomat kanan Washington dan Moscow kelmarin bersetuju untuk terus berusaha mengurangkan ketegangan berhubung isu Ukraine dengan Amerika Syarikat (AS) menjanjikan maklum balas bertulis mengenai syarat keselamatan yang ditetapkan oleh Rusia pada minggu depan.

Ketika kebimbangan Rusia akan menyerang negara jirannya yang pro-Barat itu meningkat, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengulangi amaran tindak balas serius oleh Barat semasa beliau bertemu Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov di Geneva.

Kementerian Luar Rusia kemudian memberitahu bahawa semasa pertemuan dengan Blinken. Lavrov telah memberi amaran bahawa padah paling buruk akan berlaku sekiranya Washington tidak mempedulikan tuntutan keselamatan oleh Moscow.

Rusia mengerahkan puluhan ribu askarnya ke sempadan Ukraine tetapi menafikan akan menyerang negara itu, Bagaimanapun, Moscow mahukan jaminan keselamatan daripada Barat termasuk larangan  Ukraine daripada menyertai Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO).

Blinken memberitahu pemberita bahawa tiada kejayaan besar dicapai tetapi beliau percaya kedua-dua belah pihak kini berada ‘dalam laluan jelas’ untuk memahami kedudukan dan kebimbangan antara satu sama lain.

“Blinken bersetuju bahawa kami perlu mengadakan rundingan yang munasabah dan saya harap emosi akan reda,” kata Lavrov.

Tambahnya, pertemuan baharu boleh berlaku antara beliau dan Blinken tetapi masih terlalu awal untuk mengadakan satu lagi sidang kemuncak antara Presiden Joe Biden dan Vladimir Putin selepas kedua-dua pemimpi itu bertemu di Geneva pada Jun 2021. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI