fbpx

Doktor didakwa masukkan air mani ke dalam cawan air teh wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Chapman dituduh meletakkan air mani miliknya ke dalam cawan air teh sebelum memberikannya kepada seorang wanita. – Google/SWNS

LONDON – Seorang pengamal perubatan di England didakwa di mahkamah kerana dituduh memasukkan air mani miliknya ke dalam cawan air teh sebelum memberikannya kepada seorang wanita untuk diminum, lapor akhbar Metro UK semalam.

Dr. Nicholas Chapman, 54, digantung daripada tugasnya di Pusat Kesihatan North Curry, Somerset, England, ekoran dakwaan tersebut, kata majistret.

Mangsa dikatakan menemui bahan asing itu pada bahagian dasar cawannya selepas menghabiskan minuman itu pada 13 September tahun lepas.

Menurut pihak pendakwa raya, insiden tersebut dilaporkan kepada polis tiga hari kemudian.

Suspek bagaimanapun menafikan dakwaan bagi cubaan menyebabkan seorang remaja perempuan  berusia 16 tahun untuk terlibat dalam aktiviti seksual dengannya tanpa persetujuan mangsa.

Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan akan dibicarakan di Mahkamah Diraja Taunton pada bulan depan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI