fbpx

Solat Jumaat : Ketetapan baharu selepas nasihat Pengarah Kesihatan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru para jemaah agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pentadbir masjid dan surau bagi pelaksanaan ketetapan baharu bagi solat Jumaat, esok.

Baginda menegaskan, ketetapan baharu itu diputuskan setelah mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Pengarah Kesihatan Selangor berpandukan statistik dan data terkini mengenai penularan Covid-19.

“Ketetapan ini juga akan memberi kesan peningkatan kapasiti bilangan jemaah di seluruh negeri sehingga 35 peratus tertakluk kepada kapasiti sesebuah masjid dan surau.

“Beta mahu agar setiap jemaah telah menerima suntikan 2 dos vaksin dan juga dos penggalak Covid-19,” titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah hari ini.

Sultan Sharafuddin bertitah, menerusi setiap keputusan yang diambil, baginda adalah sentiasa memikirkan keselamatan nyawa rakyat di Selangor.

“Ini kerana mengikut statistik semasa, jumlah kematian akibat Covid-19 di negeri Selangor sahaja telah melebihi 10,000 orang,” tegas baginda.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan surat ketetapan baharu mengenai pelaksanaan solat Jumaat itu sebagai panduan kepada pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat.

“Adalah dimaklumkan bahawa perkenan Sultan Selangor diberi setelah JAIS turut menyembah maklum kepada baginda bahawa JKNS telah pun dirujuk untuk pandangan dan ulasan bagi ketetapan terbaru yang dicadang bagi
dikuatkuasakan.

“Pada 28 Disember tahun lalu, JAIS telah memohon pandangan rasmi serta nasihat dari JKNS mengenai kewajaran pelaksanaan solat Jumaat dengan kapasiti penuh ruang solat utama dan ruang limpah serta penjarakan fizikal jemaah sekurang-kurangnya satu
meter di Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, cadangan pihak JAIS telah dipersetujui oleh JKNS beserta ulasan terperinci dan penegasan untuk pelaksanaan SOP umum melalui surat rasmi yang telah dikeluarkan oleh JKNS bertarikh 31 Disember tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI