fbpx

Mekanik pandu Ferari RM14.26 juta rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kereta jenama Ferari jenis Enzo dilaporkan merempuh sebatang pokok. – SWNS

BAARN, AMSTERDAM – Seorang mekanik mendapat nasib malang apabila kereta  Ferari jenis Enzo bernilai £2.5 juta (RM14.26 juta) yang  dipandunya untuk dihantar kepada pengedar kenderaan dilaporkan merempuh sebatang pokok, lapor laman berita Metro UK semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku di bandar Baarn, selatan Amsterdam, Belanda.

Pemandu itu dilaporkan tidak cedera, namun dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Pengedar kenderaan tempatan itu berada hanya dua kilometer dari kawasan kejadian. Kereta itu adalah milik pelanggan.  

“Ia melanggar tunggul pokok di tepi jalan lalu pada bahagian tempat duduk penumpang. Saya tidak pasti bagaimana ia berlaku,’’ jelas seorang saksi kejadian. 

Hanya 400 buah kereta Ferari jenis Enzo dikeluarkan antara tahun 2002 hingga  2004. 

Nilai kereta itu telah meningkat sejak awal pelancarannya yang bermula pada harga £450,000 (RM2.57 juta).

Sebuah kereta Enzo keluaran 2003 telah dijual oleh rumah lelongan Sotheby’s pada Ogos tahun lalu pada harga £2,463,132 (RM14.06 juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI