fbpx

Kad Pokemon cecah harga RM6.84 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kad-kad keluaran siri permainan komputer dari Jepun, Pokemon. - Greg Martin / Cornwall Live

LONDON – Kad-kad keluaran satu siri permainan komputer dari Jepun, Pokemon dianggarkan bernilai sehingga £1.2 juta (RM6.84 juta), lapor akhbar Mirror UK semalam.

Siri permainan komputer yang tertumpu kepada dunia fantasi itu memerlukan pemain menangkap dan melatih raksasa animasi itu untuk berlawan antara satu sama lain  dalam acara pertarungan.

Kad permainan itu pula telah dilancarkan pada 1996 dengan penjualan sebanyak 34.1 bilion kad di seluruh dunia. 

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman web kewangan, Money.co.uk yang bertindak menganalisis harga penjualannya di sebuah laman penjualan dalam talian, eBay.

“Kad-kad Pokemon telah berkembang pesat sebagai pelaburan alternatif yang terkenal.

“Permainan yang mempunyai nostalgia tersendiri ini menarik imaginasi ramai peminat disebabkan gabungan watak yang ikonik sehingga mereka sanggup membelanjakan wang untuk mengumpulkannya,’’ jelas pakar kewangan Money.co.uk, Salman Haqqi. 

Antara harga kad yang disenaraikan adalah watak Pikachu berharga £1.2 juta (RM6.84 juta), Kangaskhan £350,000 (RM1.99 juta), Blastoise dan Venusaur £185,868 (RM1.06 juta), Rayquaza £73,062 (RM416,804) serta Ivysaur £54,797 (RM312,606) – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI