fbpx

Harga beras di Indonesia dijangka meningkat awal Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA petani cuba menyelamatkan hasil tuaian padi yang ditenggelami air di kampung Meunasah Munye Matang Ubi, bandar Lhoksukon, Aceh Utara pada 6 Januari lalu. - AFP

JAKARTA – Pengarah Biro Logistik Indonesia, Budi Waseso memaklumkan bahawa masyarakat di negara itu perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga beras yang dijangka berlaku pada awal Februari akan datang, lapor Suara.com, semalam.

Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan harga beras. 

Antaranya adalah hasil yang rendah dicatatkan pada penghujung tahun lalu serta kejadian bencana iklim atau hidrometeorologi yang berlaku.

“Hasil tuaian rendah dicatatkan pada November hingga Disember 2021, jadi anggaran harga beras dijangka meningkat dari Disember 2021 hingga Februari 2022,’’ kata Budi Waseso.

Dalam pada itu, beberapa program kerajaan turut dikatakan menjadi faktor kenaikan harga beras. 

“Banyak program kerajaan pada penghujung tahun 2021 menyebabkan berlakunya peredaran wang yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Permintaan beras yang tinggi telah melonjakkan harga beras,’’ jelas beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa bekalan beras untuk awal tahun 2022 adalah mencukupi.

“Bekalan beras termasuk jumlah stok 1,02,771 tan, stok simpanan beras kerajaan (CBP) sebanyak 997,157 tan dan stok komersial 5,614 akan dapat menampung kestabilan harga pada awal 2022.

“Sementara itu, pemerolehan hasil beras oleh petani domestik adalah sebanyak 1,216,281 tan dengan pengagihan 1,153,698 tan CBP sepanjang 2021,’’ tambah beliau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI