fbpx
Osman Mamat (tengah)menunjukkan cecair ketum yang dirampas semalam di Kampung Permatang Raja Padang Gajah semalam.

Bapa empat anak ditahan proses ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING- Kegiatan seorang lelaki memproses dan menjual cecair ketum dalam skala besar di sebuah rumah di Kampung Permatang Raja, Padang Gajah di sini berakhir apabila diserbu polis semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam serbuan pada pukul 11.15 malam, suspek yang berusia 51 tahun dikatatakan sedang memproses cecair itu untuk dijual kepada pelanggannya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di bahagian dapur menemui dua buah tong berwarna oren dan biru serta dua bakul plastik berwarna hitam dan hijau.

“Pemeriksaan lanjut menemui 193 botol plastik, 33 paket plastik, 20 tong plastik yang berisi cecair dipercayai ketum.

“Jumlah keseluruhan air ketum yang dirampas sebanyak 733.7 liter bernilai RM 7,337,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan siasatan, suspek menjual cecair ketum itu pada harga RM10 seliter dan turut mendapatkan bekalan daun ketum dari luar Taiping.

Bapa empat anak itu dipercayai telah terlibat dengan penjualan air ketum ini sejak empat tahun lalu.

Suspek kini direman tiga hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. -K! ONLINE.

POPULAR