fbpx

Kos pasif RFID serendah RM1, boleh beri percuma kepada pengguna -Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib berkongsi tangkap layar harga pelekat RFID yang dijual di sebuah platform online.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan kos pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) serendah RM1.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya Najib berkata, bagaimanapun pelekat itu sehingga kini dijual pada harga jauh lebih tinggi iaitu sekitar RM35.

“Kos sticker (pelekat) RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping. Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35?,”soal Najib.

Pada hantaran sama, Ahli Parlimen Pekan berkata, pelekat RFID sepatutnya diberi percuma kepada setiap pelanggan Touch ‘n Go kerana kosnya rendah dan ia percuma dari tahun 2018 hingga Februari 2020.

Namun katanya, bermula 15 Februari 2020, pelekat berkenaan dijual pada harga RM35 sekeping.

Soal beliau lagi, adakah syarikat Touch ‘n Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik Smart Tag yang tidak berfungsi, sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID.

Najib memberitahu, syarikat Touch ‘n Go dimiliki CIMB Bank, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari USA dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan pendedahan bekas Perdana Menteri itu dan mahu satu tindakan segera diambil bagi menyelesaikan isu terbabit.

“Setuju dengan pandangan dan cadangan mantan perdana menteri, sekarang zaman kegawatan, ekonomi masih sakit.

“Ini bukan masanya untuk suruh rakyat keluar duit membeli sesuatu yang tak pasti boleh pakai, sticker tu pun silap haribulan kena panas matahari pada cermin boleh hilang atau tertanggal,” kata Ahmad Mazwani.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Roslan Bian.

“Sepatutnya ditukar secara percuma oleh syarikat pengendali,” ujarnya.

Sehingga pukul 2.30 petang tadi, hantaran bekas Perdana Menteri itu telah dikongsi lebih 1,300 kali dan mendapat lebih 11,000 tanda suka-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI