fbpx

ADUN Sedili nafi tuduhan gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rasman

KOTA TINGGI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain menafikan tuduhan gangguan seksual yang dibuat seorang individu yang merupakan Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu, Bahagian Kota Tinggi ke atasnya.

Rasman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi berkata laporan tersebut dilihat sebagai konspirasi politik dan juga cubaan untuk menjatuhkan maruahnya.

“Kira-kira pukul 2 petang, saya telah dimaklumkan bahawa terdapat satu laporan polis telah dibuat terhadap saya oleh seorang individu yang merupakan Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu, Bahagian Kota Tinggi.

“Saya dengan ini menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan di dalam laporan tersebut dan menyatakan ini adalah satu konspirasi politik, fitnah dan merupakan satu cubaan untuk menjatuhkan maruah serta mencalarkan reputasi saya selaku seorang wakil rakyat.

“Saya juga bersedia untuk memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan berjalan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, beliau juga telah berbincang dengan barisan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang cuba mencemarkan nama serta imejnya.

Beliau juga menegaskan bahawa konspirasi politik seperti itu tidak akan sekali-kali melemahkan semangatnya untuk terus berjuang dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya melalui mandat rakyat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI