fbpx

‘Port Mata Kucing’ dalam kelapa sawit digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
17 penagih termasuk seorang tokan ditangkap dalam Ops Sarang Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Jempol, di Palong 4,5 dan 6 Gemas, di sini, pagi tadi. - FOTO: IHSAN POLIS

JEMPOL – “Port Mata Kucing” yang menjadi tumpuan penagih dadah diserbu sepasukan polis sempena Program Jihad Dadah, Ops Sarang Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Jempol, di Palong 4,5 dan 6 Gemas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam operasi dari pukul 8 pagi hingga 1 petang itu, seramai 17 lelaki berusia lingkungan 31 hingga 57 tahun ditangkap polis di mana empat daripadanya merupakan individu dikehendaki polis.

Menurutnya, 16 tangkapan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan satu lelaki ditangkap di bawah Seksyen 39(B) ADB 1952 kerana memiliki dadah jenis syabu serta heroin dianggarkan bernilai kira-kira RM4,055.

“Lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh dan beralamat di Kuantan, Pahang berkenaan ditangkap kira-kira pukul 8.30 pagi kerana memiliki sembilan peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah berbahaya jenis heroin dengan berat dianggarkan 105.00 gram bernilai RM 3,675.

“Turut ditemui dua paket plastik lutsinar berisi ketulan jernih bahan disyaki dadah berbahaya jenis Syabu dengan anggaran berat 3.80 gram bernilai RM 380. Kedua-dua jenis dadah berkenaan dirampas dalam tangkapan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI