fbpx

Murid dakwa didenda berdiri tengah panas lebih 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Polis menjalankan siasatan terhadap seorang guru yang didakwa mendenda beberapa pelajar berdiri di kawasan padang sebuah sekolah, di sini, 30 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.

“Mangsa berusia 11 tahun itu mengadu kepada ibunya ketika dijemput pulang dari sekolah kira-kira pukul 1.20 petang bahawa dia didenda guru dengan berdiri di kawasan padang yang panas selama lebih dua jam.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan kemudiannya mendapati mangsa mengalami kelesuan haba akibat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, siasatan mendapati guru berusia 37 tahun itu turut memberikan hukuman yang sama kepada rakan mangsa yang lain.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati mangsa bersama tiga lagi pelajar hanya didenda berdiri selama 10 minit.

“Kertas siasatan berkenaan telah dirujuk Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk penelitian selanjutnya,” ujarnya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Semalam, tular di media sosial video salah seorang ibu kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Jelas video itu, ibu mangsa bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan tidak berpuas hati berkenaan siasatan dan cara pengendalian kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI