fbpx

[VIDEO] Wanita tunggang mikromobiliti di jalan raya dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penunggang mikromobiliti yang tular di media sosial semalam.

GOMBAK – Polis sedang mengesan wanita yang menunggang kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini, selepas video wanita itu tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 30 saat kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kenderaan tersebut telah ditunggang dari arah Persiaran Tan Sri Low Yow Chuan menghala ke Persiaran Lembah Hijau 3 di Bandar Tasik Puteri, di sini, menggunakan lorong paling kanan.

“Perbuatan ini boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada penunggang mikromobiliti, tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Pihak polis sedang mengesan penunggang kenderaan mikromobiliti dan meminta pemilik rakaman ‘dashcam’ untuk tampil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Kaedah 3(1) P.U.(a) 453/202 (menggunakan kenderaan mikromobiliti tertentu yang dilarang).

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mazlan Mohd Arifin di talian 012-4551413 atau bilik gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI