fbpx

Nabil Mentor meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM Nabil meninggalkan seorang isteri dan dua orang cahata mata.

PETALING JAYA – Penyanyi Nabil Zamanhuri menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 9 pagi tadi.

Khabar duka tersebut dimaklumkan abangnya, Ammar Bahrin dalam sebuah hantaran Instagram.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Adik kami yang tercinta Nabil Zamanhuri telah pulang ke rahmatullah pagi tadi sekitar pukul 9 pagi.

“Mohon doakan semoga arwah ditempatkan bersama golongan beriman serta sedekahkan al-Fatihah untuk almarhum Nabil Zamanhuri,” katanya.

Dipercayai, bekas peserta Mentor itu meninggal dunia akibat sesak nafas dan memang dalam keadaan lemah selama ini.

Namun, punca sebenar kematiannya masih lagi dibedah siasat di Hospital Ampang dan maklumat lain akan menyusul.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang cahaya mata yang masih kecil.

Sebelum ini, Nabil mula menyertai industri hiburan sekitar tahun 2015 apabila muncul dalam program Mentor musim pertama yang mana dia berjaya menyandang tempat kedua dalam rancangan tersebut.

Selain menyanyi, dia juga sangat aktif dalam beberapa drama dan filem bermula tahun 2014 sehingga 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI