fbpx

Saksi wanita maut motosikal langgar pembahagi jalan diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

RAWANG – Seorang wanita disahkan maut selepas motosikal ditungangnya terbabas melanggar pembahagi jalan dalam kejadian dari arah Saujana Rawang menghala ke Jalan DM1/10, Bandar Country Homes, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari.

“Mangsa merupakan seorang wanita warga asing berusia 39 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 bersama anak perempuannya berusia 5 tahun.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan melanggar pembahagi jalan menyebabkannya terjatuh ke atas jalan,” katanya.

Dalam pada itu, Ariffin memaklumkan mangsa dan kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

“Mangsa mengalami kecederaan dalaman manakala anak mangsa cedera di kepala.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital semasa mendapatkan rawatan sebelum dihantar ke unit forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” ujarnya.

Kata Ariffin, orang ramai yang mengetahui atau melihat kejadian diminta tampil bantu siasatan atau berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019-6026596.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI