fbpx

Piala FA bukti Man. United tak layak dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (kiri) dan Ten Hag ceria melihat trofi Piala FA yang dimenangi selepas menewaskan City 2-1 pada final di Stadium Wembley semalam. - AFP

LONDON – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes memuji semangat juang tinggi yang dipamerkan rakan sepasukan selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Manchester City pada aksi final Piala FA di Stadium Wembley semalam.

Keputusan tersebut menyaksikan misi United untuk memastikan kempen musim ini berakhir dengan cemerlang berjaya direalisasikan selepas menjulang trofi berprestij sekali gus turut menjamin slot ke Liga Europa musim depan.

Kata Fernandes, kemenangan yang diraih adalah hasil kerja keras rakan sepasukan sekali gus membuktikan kualiti yang ada pada pasukan masih ampuh kerana mampu memberi tekanan kepada City selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Kami telah mengharungi musim yang panjang dan cukup sukar kerana pasukan sering dikritik hebat sebelum ini. 

“Barisan pemain sedar ini adalah peluang terakhir untuk menepis segala kritikan dengan menjulang trofi selain bersaing di pentas Eropah. Kami semua mahu ambil daripada sudut positif kerana apa yang ditampilkan lebih baik berbanding musim lalu.

“Malah, kami juga berjaya menewaskan City ketika pasukan lawan berada di puncak prestasi kerana masih segar dengan kejayaan menjulang trofi EPL minggu lalu.

“Pujian juga wajar diberikan kepada pemain-pemain muda termasuk Alejandro Garnacho yang berjaya menjaringkan gol buat pasukan. Ini adalah persembahan taktikal yang sempurna dan saya gembira dengan komitmen barisan pemain,” katanya.

Sementara itu, pertahanan United, Diogo Dalot menghadiahkan kejayaan menjulang trofi Piala FA buat kali ke-13 berkenaan kepada para penyokong yang cukup setia berada di belakang pasukan sepanjang musim ini.

“Ini adalah hadiah buat penyokong kami kerana sedar kita tidak mengharungi kempen yang sempurna. Namun, semua pemain bekerja keras bagi memastikan peluang keemasan untuk menjulang trofi tidak disiakan.

“Saya pasti pada saingan musim pasukan dapat memberi saingan lebih baik berbanding sekarang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI