fbpx

Newcastle letak tanda harga ‘gila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISAK berjaya mempamerkan aksi cemerlang musim ini menyebabkan Arsenal menganggap dia merupa penyerang ideal untuk kelab itu. - AFP

TYNE – Newcastle United mahukan nilai hampir £200 juta (RM1.15 billion) untuk mereka bersedia melepaskan penggempur mereka, Alexander Isak yang kini menjadi buruan beberapa kelab gergasi Eropah.

Dilaporkan, tanda harga berkenaan diletakkan untuk mematikan hasrat Arsenal yang menyatakan minat secara terbuka untuk mendapatkan pemain itu yang beraksi cemerlang di St. James Park sejak dua musim lalu.

Penyerang berusia 24 tahun itu telah menikmati musim paling cemerlang dalam kariernya kali ini apabila menjaringkan 25 gol dalam 40 penampilan dan beraksi dalam semua perlawanan.

Ini termasuk meledak 21 gol dalam Liga Perdana Inggeris dan menamatkan musim sebagai penjaring ketiga terbanyak dalam liga di belakang Erling Haaland, 27 gol dan Cole Palmer, 22 gol.

Isak telah menarik minat beberapa kelab seperti Arsenal, Paris Saint-Germain dan Real Madrid selepas mencatat minit per gol kedua terbaik berbanding 20 lagi penjaring terbanyak Liga Perdana.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan berhasrat untuk mendapatkan seorang penyerang tulen bagi mempertajamkan jentera serangan mereka musim depan selepas berdepan satu lagi kekecewaan musim ini dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Penyerang itu telah menyertai Newcastle dari Real Sociedad pada Ogos 2022 dengan perpindahan bernilai £63 juta (RM 362.25 juta) dan juga merupakan pemain utama pasukan kebangsaan Sweden sejak 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI