fbpx

Jalan sesak akibat RFID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan keadaan sesak di sekitar plaza tol tersebut

PETALING JAYA – Trafik di tol Bandar Seri Putra, Bangi dilaporkan sesak teruk didakwa berpunca daripada penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di tol berkenaan.

Keadaan sesak itu dilaporkan berlaku seawal pukul 7 pagi ketika orang ramai sibuk hendak ke tempat kerja.

Difahamkan, keadaan sesak itu juga menyebabkan pengguna jalan raya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol berkenaan.

Sementara itu, keadaan sama juga turut dilaporkan berlaku di Tol Sungai Besi apabila keadaan trafik sesak kira-kira 10 kilometer menghala ke Kuala Lumpur.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati orang ramai meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan pembukaan lorong-lorong RFID yang didakwa menyebabkan kesesakan teruk pada pagi ini.

Pengguna juga mendakwa, terdapat beberapa kenderaan terpaksa mengundurkan kereta kerana sistem RFID gagal mengesan pelekat yang ditampal pada kenderaan mereka.

Terdahulu, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) mengumumkan akan beralih kepada sistem pembayaran transaksi tol RFID secara berperingkat bermula 15 Januari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI