fbpx

Pelanggan panjat meja, biawak masuk kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan pelanggan memanjat meja dan kerusi kerana terkejut dengan kehadiran seekor biawak.

PETALING JAYA – Suasana di sebuah kedai makan bertukar kecoh apabila dimasuki seekor biawak ketika orang ramai sedang menjamu selera.

Menerusi video berdurasi 22 saat yang dikongsi pengguna TikTok, 2016amsyar, memaparkan, beberapa pelanggan cuba menyelamatkan diri dengan memanjat meja dan kerusi.

Bagaimanapun, seorang warga emas dipercayai merupakan pelanggan kedai makan tersebut menjadi penyelamat apabila bertindak berani melemparkan biawak itu keluar dari kedai makan tersebut.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan berani warga emas tersebut.

“Yang lelaki-lelaki ‘sado’ tu buat apa? Buat-buat kalut nak nampak comel ke? Lepas pacik tu diberi tepukan nampk baju hitam bertopi tu kecewa. alaa kalau saya yang pergi lempar tadi mesti dah jadi hero gadis-gadis katanya dalam hati,” kata Axl Rose.

“Food court dekat Mukah ni, betul-betul tepi sungai, memang padan la biawak tu selalu jenguk,” kata Luqman.

“Pak cik jugak jadi hero…yang sado-sado tu tengok je buat kalut,” kata Firdaus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI