fbpx

Lelaki hampir maut ditetak bekas menantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan belakang dan lengan kiri mangsa yang ditetak bekas menantunya di sebuah warung sekitar Pandan Jaya semalam.

AMPANG – Seorang lelaki warga asing yang juga seorang pekerja buruh binaan hampir menemui ajal selepas ditetak beberapa kali pada bahagian kepala oleh bekas menantunya di sebuah warung sekitar Pandan Jaya semalam.

Dalam tragedi berdarah kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa berusia 51 tahun tersebut telah didatangi suspek yang juga seorang penganggur berusia 25 tahun di warung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang dipercayai membawa sebilah parang telah menetak mangsa beberapa kali pada bahagian badan dan kepala.

“Siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah disebabkan mangsa ada meminta sejumlah wang ganti rugi yang dijanjikan suspek namun akibat menerima desakan daripada mangsa, suspek terus bertindak menetak bekas mentuanya.

“Sejurus menetak mangsa, suspek telah melarikan diri dari lokasi kejadian dan polis sedang giat memburu suspek untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala, pipi sebelah kiri dan lengan sebelah kiri telah dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

“Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini berada di zon kuning di hospital berkenaan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI