fbpx

Daniel mohon bon berkelakuan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIEL ISKANDAR ketika disabitkan hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Majistret Selayang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Remaja yang dimandikan seperti jenazah di Masjid Al-Islahiah di Kuang baru-baru ini telah melantik peguam untuk mewakili dirinya bagi membuat semakan terhadap hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.

Remaja lelaki tersebut, Daniel Iskandar Mohd. Nasir, 19, memperoleh khidmat guaman Tetuan Hariz Syakinah & Co. secara percuma dengan bantuan Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Peguam mewakili remaja itu, Muhammad Hariz Md. Yusoff berkata, pihaknya akan membantu remaja tular itu memohon semakan penjara 10 hari supaya sabitan hukuman tersebut diketepikan dan digantikan dengan bon berkelakuan baik atau apa-apa hukuman lain yang Mahkamah Tinggi Shah Alam fikirkan munasabah.

“Kita mahukan keadilan yang sewajarnya untuk Daniel Iskandar. Saya tidak dapat bersemuka dengannya di Penjara Kajang kerana prosedur operasi standard dan telah mendapatkan pelantikan guaman daripadanya secara bertulis melalui pegawai penjara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

MUHAMMAD HARIZ

Kosmo! beberapa hari lalu melaporkan seorang remaja lelaki yang videonya tular gara-gara dimandikan seperti ‘jenazah’ oleh pengurusan sebuah masjid dihukum penjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana didapati bersalah cuba mencuri tabung masjid berkenaan.

Terdahulu, Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam satu kenyataan akhbar berkata, PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. mendapat makluman terdapat satu prosi­ding semakan jenayah yang telah ditetapkan mengikut peruntukan di bawah Bab 31 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Tinggi­ Jenayah 1 di Shah Alam pada Isnin ini.

Sehubungan itu, katanya, atas dasar tersebut dan atas arahan untuk mewakili Daniel, maka PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. akan hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari tersebut.

Justeru, beliau meminta semua pihak mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat dan menunggu­ prosiding Isnin ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI