fbpx

Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERBUATAN merebus atau memerap daging ayam dengan ubat batuk boleh membahayakan kesihatan manusia. - TikTok

LONDON – Doktor-doktor memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi trend terbaharu di media sosial kerana boleh membahayakan nyawa mereka, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Trend dinamakan ‘ayam mengantuk’ itu menyaksikan pengguna memasak hidangan ayam yang diperap atau direbus dalam cecair ubat batuk.

Doktor-doktor meminta orang ramai supaya tidak menggunakan ubat batuk atau ubat selesema untuk merebus atau sebagai bahan perapan.

Amaran itu dikeluarkan selepas semakin banyak video di laman TikTok menunjukkan individu memasak hidangan ayam secara demikian termasuk menggunakan separuh kandungan botol ubat batuk.

“Idea bahawa anda menggunakan ubat sebagai bahan perapan ayam dan daging kerana mempercayai hidangan itu mempunyai khasiat untuk kesihatan bukan sahaja bodoh tetapi amat berbahaya,” kata seorang pegawai perubatan, Dr Jeff Foster.

Profesor Bahagian Perubatan Keluarga di Universiti Komanwel Virginia, Dr. Aaron Hartman menerangkan mengapa trend tersebut berbahaya.

“Apabila anda memasak ubat batuk, anda merebus air dan alkohol di dalamnya. Ini menyebabkan daging ayam yang dimasak mengandungi konsentrasi ubat dalam jumlah yang banyak.

“Apabila anda memakan ayam tersebut, anda seperti mengambil separuh atau satu botol ubat batuk bergantung kepada jumlah yang digunakan untuk memasak,” jelasnya.

Kata Hartman, perbuatan itu boleh menyebabkan keracunan, jatuh sakit, cirit birit, kerosakan hati, malah boleh membawa kepada kematian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI