fbpx

KPLB cadang naik taraf kelayakan 11,000 guru Tabika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan untuk menaik taraf kelayakan pendidikan guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata cadangan itu membabitkan kira-kira 11,000 guru yang mengajar di Tadika Kemas berkelulusan diploma dan dicadangkan ditingkat pendidikan ke taraf ijazah.

Beliau berkata, cadangan itu juga bertujuan memberi satu lonjakan baharu dalam pendidikan Tadika Kemas dan sudah tiba masanya taraf pendidikan guru Tadika Kemas ditingkatkan ke taraf ijazah serta pada masa sama mengekalkan guru sedia ada untuk menyambung pendidikan.

“Sekarang ini, silibus Tabika Kemas dan Kementerian Pendidikan sama cuma guru yang ada di Kemas adalah berkelulusan diploma.

“Guru di Tabika Kemas yang ada akan dinaik taraf, bukan kita buang mereka tetapi guru yang ada boleh ambil Ijazah Sarjana Muda,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 KPLB di sini, hari ini.

Mahdzir berkata, perkara itu akan dibuat secara berperingkat dan sedang diselaraskan KPLB meliputi beberapa faktor antaranya kewangan dan perjawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI