fbpx

Empat saksi beri keterangan kes jumpa mayat bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat bayi perempuan berkenaan ditemui orang awam di Blok A, Flat Danau Kota, Setapak pada 8 Januari lalu.

KUALA LUMPUR – Empat individu sudah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan di Blok A Flat Danau Kota, Setapak pada 8 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kesemua individu yang merupakan saksi itu hadir bagi membantu siasatan untuk membolehkan pelaku diberkas.

“Setakat ini, kita belum membuat sebarang tangkapan dan siasatan masih diteruskan.

“Kita mengesyaki mayat bayi tersebut dibawa dari tempat lain dan ditinggalkan di lokasi berkenaan pada awal pagi. Lokasi tersebut juga tiada sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan ia menyukarkan sedikit untuk kita mengesan pelaku,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Pada masa sama, jelas beliau, pihaknya juga sedang menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat mayat bayi itu bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Terdahulu, mayat seorang bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat dan cukup sifat ditemui di Blok A Flat Danau Kota, Setapak di sini pada 8 Januari lalu.

Mayat bayi dipercayai berusia sehari itu ditemui dalam keadaan lebam yang mana ia diletakkan di atas rumput dan beralaskan papan (kayu) di kawasan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI