fbpx

Dah setahun kahwin, Lizzy baru nak rasa jadi pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELIZABETH TAN akan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya pada Februari nanti.

PETALING JAYA – Selepas hampir setahun berkahwin, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan baru hendak mengadakan majlis resepsi perkahwinannya pada 12 Februari depan.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, 28, dia tetap mahu merasai pengalaman diraikan dalam sebuah perkahwinan, justeru memilih untuk menganjurkan sebuah majlis resepsi di sebuah restoran.

“Perkahwinan sekali seumur hidup, jadi saya mahu merasai pengalaman tersebut dan buat juga majlis perkahwinan walaupun hampir setahun berkahwin.

“Majlis perkahwinan tersebut akan diadakan di sebuah restoran sahaja. Meskipun secara kecil-kecilan sudah memadai buat saya untuk bertemu bersama sahabat dan keluarga.

“Cuma mengadakan majlis perkahwinan musim pandemik, tidak ramai tetamu boleh dijemput. Contohnya, restoran yang menjadi pilihan saya, sebelum ini boleh memuatkan seramai 200 orang, sekarang hanya 100 orang sahaja. Jadi, saya terpaksa mengurangnya jumlah tetamu yang hadir,” ujar Lizzy.

Penyanyi yang popular dengan lagu Knock Knock itu turut mengamalkan diet untuk menurunkan berat badannya demi kelihatan langsing pada hari bersejarahnya.

“Saya memang sedang berdiet, daripada 53 kilogram (kg) saya mahu turunkan berat badan sehingga 52 kg. Saya tidaklah mahu kelihatan terlalu kurus, cuma bimbang wajah akan kelihatan besar,” kata Lizzy.

Elizabeth Tan telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Siew Jim pada Mac tahun lalu. Majlis perkahwinannya berlangsung secara rahsia dan tertutup.

Difahamkan hanya 10 orang tetamu terdiri daripada keluarga dan teman rapat yang hadir berikutan prosedur operasi standard (SOP). Berita perkahwinan tersebut bagaimanapun tersebar selepas kenalan dan bapanya sendiri berkongsi mengenai majlis perkahwinannya di media sosial tanpa pengetahuannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI