fbpx

Polis dilucut jawatan kerana sibuk buru Pokemon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pegawai tersebut mengaku gagal bertindak ke atas panggilan kes rompakan ketika itu, namun menafikan ada bermain Pokemon Go. – Getty

LOS ANGELES – Dua anggota polis di Los Angeles, Amerika Syarikat, dilucutkan daripada jawatan selepas memilih untuk memburu Pokemon berbanding bertindak ke atas satu panggilan kes rompakan yang diterima, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Louis Lozano dan Eric Mitchell pada April 2017 dilaporkan sedang memandu di kawasan bandar tersebut bagi memburu Pokemon bernama Snorlax dan Togetic menerusi permainan Pokemon Go pada telefon pintar mereka.

Berdasarkan rakaman dalam kereta peronda, perbualan kedua-dua pegawai polis itu mendedahkan ada mendengar panggilan dari sebuah premis jualan berhubung kes rompakan, namun tidak mengendahkan laporan tersebut.

“Pegawai Mitchell memberitahu Lozani bahawa Snorlax tiba-tiba muncul.

“Dalam masa kira-kira 20 minit kemudian, rakaman mendedahkan bahawa mereka berdua berbincang mengenai Pokemon sambil memandu ke lokasi lain di mana Pokemon dalam permainan itu muncul,” kata dokumen undang-undang.

Kedua-dua pegawai itu didakwa bagi beberapa kesalahan salah laku. Mereka mengaku gagal bertindak ke atas panggilan kes rompakan ketika itu namun menafikan alasannya adalah bermain Pokemon Go. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI