fbpx

Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Norza menghantar surat untuk mengesahkan minat mereka kepada SEAGF ber­kenaan penganjuran Sukan SEA yang kali terakhir di Malaysia pada tahun 2017.

DALAM tempoh lima tahun akan datang, Malaysia sekali lagi menempah sejarah apabila bakal menganjurkan Sukan SEA 2027 berikutan Brunei menarik diri daripada mengadakan temasya dwitahunan tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) menerangkan kemungkinan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA edisi ke-34 pada tahun 2027.

Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria menegaskan, pihaknya akan menghantar surat untuk mengesahkan minat mereka kepada SEAGF ber­kenaan penganjuran Sukan SEA yang kali terakhir di Malaysia pada tahun 2017.

“SEAGF telah menghubungi MOM berkenaan keberangkalian Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Sukan SEA edisi Ke-34.

“SEAGF menjelaskan per­kara tersebut selepas pe­ngunduran Brunei untuk menganjurkan temasya sukan dwitahunan tersebut.

“Justeru, menerusi mesyua­rat yang dilakukan sebentar tadi, MOM bersetuju untuk menghantar surat minat kepada SEAGF berkenaan perkara tersebut,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM semalam.

Norza turut menjelaskan, pihaknya faham dengan kea­daan kewangan kerajaan ketika ini yang sedang membina negara semula akibat Covid-19.

“Kita memahami keadaan kerajaan pada ketika ini dan akan berhubung dengan kerajaan selepas keadaan kewangan akan lebih stabil atau lebih baik.

“Memandangkan Sukan SEA akan berlangsung pada tahun 2027. Jadi, masa masih agak panjang dan kita akan melakukan perbincangan seterusnya. Namun pada masa ini, MOM akan menghantar surat minat kepada SEAGF,” tambahnya.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah 2017 di mana pasukan negara dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan meraih 145 pingat emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI