fbpx

Gadis penjual madu kelulut minat lelaki wangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naomi merupakan pengusaha madu kelulut dari wilayah Kalimantan Timur. – TikTok

JAKARTA – Seorang gadis pengusaha madu kelulut dari wilayah Kalimantan Timur menjadi sensasi internet kerana mempunyai paras rupa yang jelita, lapor portal Okezone semalam.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di TikTok miliknya, @naomisachie_, gadis bernama Naomi Sachie itu dilihat sedang merasai madu untuk dijual sambil memakai pakaian tradisional suku kaum Dayak.

Kulit wajahnya yang putih dan mulus serta rambutnya yang panjang membuatkan gadis itu menjadi perhatian netizen terutamanya pengguna lelaki.

Menurut Naomi, dia masih bujang dan belum berpunya, selain turut memberitahu beberapa ciri lelaki idamannya dalam ruangan komen.

“Jika mahu bercinta, saya lebih suka lelaki yang berkulit hitam manis berbanding lelaki kacak. Apa yang penting adalah dia mestilah bijak, wangi dan tinggi,” katanya.

Hantaran tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Cantik sekali. Pasti lebah turut terpesona,” kata seorang pengguna.

“Gadis Dayak memang cantik,” kata seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI