fbpx

Vokal terjejas akibat Covid-19 – Mark Adam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARK ADAM

PETALING JAYA – Penyanyi, pelakon dan juga pelawak Mark Adam mengakui pernafasan serta fungsi paru-parunya sedikit terjejas terutama ketika menyanyi selepas sembuh daripada dijangkiti Covid-19 sekitar penghujung Disember tahun lalu.

Ujar Mark, 42, dia dapat merasai kelainan pada bahagian paru-paru apabila berasa lemah sehingga sedikit sebanyak menjejaskan nyanyiannya.

“Saya rasa lain. Tidak sebelum dijangkiti Covid-19. Rasa semput sikit ketika menyanyi. Sebagai penyanyi, memang susah kalau pernafasan saya terganggu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sebagai langkah rawatan dan pemulihan, Mark disaran oleh doktor untuk melakukan senaman melibatkan pernafasan pada setiap pagi bagi menguatkan semula fungsi paru-parunya.

“Sekurang-kurangnya saya akan melakukan senaman melibatkan pernafasan selama lima minit pada setiap pagi,” ujarnya.

Walaupun telah bebas daripada dijangkiti Covid-19, pemilik nama lengkap Fikri Mark Adam Abdullah itu turut mengakui dia kini berasa trauma dan menjadi seorang yang paranoid selepas melalui pengalaman dijangkiti wabak maut tersebut.

“Saya jadi lagi paranoid sebab saya sendiri tidak tahu bagaimana saya boleh dijangkiti Covid-19. Tak mungkin saya dijangkiti ketika keluar membantu mangsa banjir. Sebab saya cuma turun padang dua hari sahaja.

“Saya sendiri kurang pasti. Selepas sembuh daripada Covid-19, saya dapat rasa memang ada perbezaan pada diri (kesihatan) berbanding sebelum ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mark yang ditemui pada malam konsert akhir program Hijrahkan Lagiku di Studio TV AlHijrah baru-baru ini tetap melahirkan rasa syukur apabila dia bersama isterinya, Norazah Redzuan yang turut dijangkiti Covid-19 telah sembuh tanpa sebarang masalah serius.

“Selepas isteri jaga saya, dia turut dijangkiti Covid-19. Ketika sama-sama positif, masing-masing memberikan semangat antara satu sama lain.

“Dijangkiti Covid-19 memang sakit dan penat. Rasa macam demam teruk. Tapi badan tak panas. Deria bau dan rasa memang hilang. Apa-apa pun alhamdulillah kami sudah sembuh,” katanya.

Terdahulu, pelantun lagu Marry Me itu berasa kurang sihat selepas menggerakkan misi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kota Kemuning dan Padang Jawa, Klang pada Disember tahun lalu. – K! ONLINE
-HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI