fbpx

‘Sedih sekolah 90 tahun akan ditutup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Assumption.

SEBERANG PERAI – Pelajar dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan Assumption di Bagan Dalam, Butterworth di sini menyuarakan kesedihan apabila operasi sekolah berusia hampir 90 tahun itu dikatakan akan ditutup hujung bulan depan.

Seorang ibu, Emi Saufiah Ahmad Malkan, 36, berkata, anaknya Muhammad Ammar Haziq Muhd Afiq, 8, sangat teruja dan sedih untuk memulakan sesi persekolahan hari ini setelah bercuti panjang biarpun mengetahui berita itu lebih awal.

“Dia ceria masuk sekolah, cuma rasa sedih dengar sekolah pun dah nak tutup. Abang-abang saya yang sudah 40 tahun pun bersekolah di sini.

“Tapi tak pasti lagi, apa-apa pihak sekolah akan maklumkan kemudian nanti dan saya harap perbincangan mengenainya akan memberi keputusan positif,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Baru-baru ini, wujud dakwaan yang mengatakan lesen sekolah itu akan dibatalkan selepas penutupan sekolah dibuat berikutan pemilik tanah meminta tanah dan bangunan itu dikembalikan secepat mungkin.

Sehubungan itu, jurucakap Pasukan Petugas Bersama, Save Assumption School, Vernon Fernandez memohon Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang meluluskan segera pendaftaran Lembaga pengelola sementara dalam usaha menyelamatkan sekolah berkenaan.

Difahamkan, lembaga pengelola yang terdiri daripada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Alumni Assumption Butterworth dan pemilik tanah telah dibentuk sebagai platform untuk mencari jalan penyelesaian isu berkenaan.

Sementara itu, ibu pelajar, Marziani Mahathir, 34, berkata, dia berharap dapat terus menghantar anaknya Muhammad Rayyan Mikail Mohd. Rafie, 9, ke sekolah ini berikutan berdekatan dengan rumah.

“Awa-awal pagi dia sudah bersemangat pergi sekolah untuk jumpa guru dan kawan-kawannya. Bila dapat tahu sekolah ini akan ditutup saya sebagai ibu pun turut sedih,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI