fbpx

Golongan asnaf meningkat seramai 14,746

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris Ahmad

KUALA LUMPUR – Pusat Pu­ngutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengesan jumlah penerima bantuan zakat meningkat seramai 14,746 tahun lepas, menandakan golongan ‘instant’ asnaf semakin bertambah dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, pertambahan penerima bantuan secara langsung daripada dana zakat MAIWP itu disebabkan faktor pandemik Covid-19.

“Seramai 201,779 orang penerima zakat direkodkan pada tahun 2020 manakala berlaku peningkatan pada tahun 2021 dengan jumlah penerima asnaf meningkat kepada 216,525 orang.

“Penutupan beberapa sektor ekonomi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai pekerja daripada sektor pembuatan, perniagaan dan mereka yang bekerja sendiri menjadi ‘instant’ asnaf kerana tiada simpanan kecemasan,” kata Idris.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pengumuman Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat, di Wisma PPZ di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd. Nizam Yahya dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

Sementara itu, Idris menjelaskan pandemik Covid-19 tidak menjejaskan prestasi kutipan zakat apabila berjaya mengutip RM828 juta dengan jumlah keseluruhan pembayar zakat lebih 1 juta orang bagi tahun 2021.

“Jumlah kutipan zakat harta meningkat sebanyak sembilan peratus kepada RM816 juta manakala kutipan zakat fitrah turut meningkat 10 peratus kepada 264,463 orang setakat tahun lepas.

“Situasi Covid-19 tidak menghalang masyarakat untuk menyumbang lebih kepada kita terutamanya pembayar yang mendapat keuntungan lumayan hasil perniagaan online menggandakan bayaran zakat mereka,” katanya.

Tambah beliau, kutipan zakat itu menunjukkan peningkatan kerana PPZ-MAIWP turut proaktif menjalankan kepelbagaian saluran bayaran zakat seperti perkhidmatan Kaunter Zakat Digital, aplikasi MyZakat dan portal PPZ-MAIWP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI