fbpx
Bahan tersebut berbahaya digunakan terhadap kanak-kanak dan bayi.

Elak guna minyak mengandungi Metil Salisilat pada bayi, kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ia sesuai untuk orang dewasa namun, jika disapu pada bayi dan kanak-kanak ia boleh menyebabkan keracunan.

Itu pendedahan dibuat Pusat Racun Negara mengenai risiko bahan aktif dikenali sebagai Metil Salisilat (đ—ē𝗲𝘁đ—ĩ𝘆𝗹 𝘀𝗮𝗹đ—ļ𝗰𝘆𝗹𝗮𝘁𝗲) sekiranya ia terdedah kepada bayi dan kanak-kanak.

Antara gejala keracunan Metil Salisilat termasuk loya, muntah, berdengung di dalam telinga, sawan dan koma namun, ia bergantung kepada jumlah pendedahan bahan berkenaan.

Pusat Racun Negara menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, bahan aktif itu biasanya boleh didapati pada produk minyak panas atau minyak urut.

Menurutnya, Metil Salisilat adalah bahan analgesik yang digunakan untuk mengurangkan sakit dan inflamasi pada otot dan sendi.

“Secara farmakokinetik, bahan ini akan meresap ke dalam kulit untuk sampai ke bahagian sakit di dalam badan malah, kepekatan Metil Salisilat di dalam setiap produk berbeza mengikut jenis sediaan bahan ini.

“Bagaimanapun, bahan ini tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak terutama pada bayi kerana berisiko menyebabkan keracunan pada bayi.

“Hampir setiap minggu Pusat Panggilan Keracunan Pusat Racun Negara menerima kes keracunan Metil Salisilat yang melibatkan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja,” katanya.

Katanya, lebih membimbangkan, ada pihak yang mengambil kesempatan melariskan jualan produk mengandungi Metil Salisilat untuk rawatan ruam lampin pada bayi walaupun maklumat produk tidak menyatakan sedemikian. – K! ONLINE

POPULAR