fbpx
Kocak memansang alat tersebut pada lembu-lembunya dan mendapati haiwan itu menjadi lebih gembira dan produktif. - Getty

Petani pakaikan cermin mata realiti maya pada lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL – Seorang petani di Turki telah memakaikan kaca mata realiti maya pada  lembunya peliharaannya supaya haiwan itu berasa seperti berada di kawasan terbuka, lapor laman berita Lad Bible semalam.

Izzet Kocak dari Aksaray terpaksa membawa masuk lembu-lembunya ke dalam kandang akibat cuaca sejuk, namun masih mahukan haiwan itu menganggap ia sedang bermain di atas padang rumput hijau yang segar.

Menurutnya, selepas memakaikan haiwan peliharaannya dengan cermin mata realiti maya itu, lembu-lembunya semakin gembira dan menghasilkan lebih banyak susu.

Lelaki itu terkenal kerana menggunakan kaedah luar biasa bagi menjadikan haiwan peliharaannya  semakin gembira dan lebih produktif.

Dia sebelum ini  memasang muzik klasik untuk 180 ekor haiwan peliharannya bagi meningkatkan mood, malah bercadang untuk membeli lebih banyak cermin mata itu bagi kegunaan lembu-lembunya.

“Lembu-lembu itu melihat padang rumput hijau dan ia memberikan rangsangan emosi, menjadikan mereka kurang tertekan,” katanya.

Alat itu dibangunkan bersama oleh doktor haiwan dan pada mulanya diuji di sebuah ladang ternakan di Moscow.

Menurut Kementerian Pertanian dan Makanan di Moscow, hasil kajian mendapati ia ‘mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan emosi kawanan lembu. – AGENSI 

POPULAR